Robert H. Goddard says that ,

"It is difficult to say what is impossible, for the dream of yesterday is the hope of today and the reality of tomorrow."

Wednesday, August 25, 2010

Cerita semata-mata :)

Semua benda yang kita buat, mesti ada sebab disebaliknya. Dan semua yang dilakukan tidak semestinya betul dan tepat. Manusia sering melakukan kesilapan, cuma sedar atau tidak sedar sahaja. Begitu juga saya, saya juga seorang manusia.. Adakalanya seseorang itu melakukan kesilapan yang tidak disangka. Bagi dirinya,ia adalah biasa sahaja.. Tetapi dari pandangan orang lain,ianya tidak..Kesimpulannya, semua makhluk Allah iaitu manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Anda ingin mendengar satu cerita daripada perkara di atas ?

                 Cerita ini secara kebetulannya bermula apabila seorang lelaki yang tak berapa nak hot nie berpisah atau nama sainstifiknya break dengan seorang gadis ini.. Perpisahan mereka berlaku bukan disebabkan pergaduhan,cemburu atau sebagainya.. Ianya berlaku kerana disebabkan ingin menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran dan melupakan sebentar dalam bab bercouple nie.. Si lelaki ini bersetuju apabila mereka telah face-to-face dengan si gadis ini.. Dengan merenung tepat di dalam matanya, si lelaki berasa yakin bahawa si gadis ini tidak berbohong dan merelakan perpisahan itu berlaku tanpa sedikit pun rasa dendam atau marah.. Si gadis ini mengatakan bahawa dia akan kembali kepada si lelaki ini jika si lelaki sanggup menunggunya sehingga habis belajar. Si lelaki ini amat menyayangi si gadis tersebut dan si lelaki mengatakan bahawa dia sanggup menunggu.. Ketika mereka berbual dengan nada yang amat sayu, tiba-tiba si lelaki ini terasa dadanya seperti ditusuk pisau yang agak tajam dan menyakitkan. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya sakit itu. Si lelaki ini cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan penyakit tersebut daripada pengetahuan si gadis itu. Si lelaki dengan muka yang agak slumbernya mengambil ubat di dalam beg yang dibawa dan memakan tanpa sedikit pun menunjukkan kesakitan itu. Dan keadaan menjadi sungguh sepi selepas itu kerana si lelaki tidak dapat berkata apa-apa kerana menahan kesakitan.

                   Selang beberapa hari selepas itu, si lelaki ini dimasukkan ke dalam Hospital Centre di Subang Jaya akibat penyakitnya yang bertambah serius. Si lelaki ini cuba merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan gadis ini.. Malangnya si gadis tersebut mengetahuinya juga,entah dari mana.. Setelah sedar daripada koma, si lelaki ini menutupkan mata buat seketika. Ketika sedang melayan mata untuk tidur, datang lah seorang doktor dan seorang wanita masuk ke dalam wad yang menempatkan lelaki ini,selepas dipindahkan daripada wad ICU dalam beberapa jam yang lalu.. Doktor beranggapan lelaki ini telah tidur,dan beliau menjelaskan sejelas-jelasnya kepada wanita tersebut bahawa si lelaki ini akan berdepan dengan maut satu hari nanti jika tidak dirawat sepenuhnya. Pada masa itu, lelaki ini terdengar lah tangisan wanita tersebut.. Rupa-rupanya wanita tersebut adalah ibu kepada lelaki ini. Lelaki ini berasa sangat terkejut mendengar penjelasan beliau dan dalam hati kecilnya mengatakan," Ya allah, mengapa begitu cepat engkau hendak mengambil nyawaku?". Setelah berfikir panjang, lelaki ini redha dengan ketentuan takdir dan berkata kepada ibunya bahawa dia ingin pulang ke rumah dengan alasan ingin berehat di rumah kerana di sini amat membosankan. Ibu dengan rasa berat hati setuju dengan keputusan anak kesayangannya itu.

                    Di hati kecil lelaki ini," bagaimanakah jika aku mati ? dan bagaimana pula perasaan dia(gadis itu) apabila mengetahui perkara ini ? mesti dia sedih dan menangis. Aku tak sanggup nak tengok dia sedih disebabkan aku.. Ya Allah, tolonglah hambamu ini.." Secara tidak sengaja,timbul satu idea yang amat bernas daripada fikirang lelaki itu. Si lelaki itu berkata," mungkin dengan membuat dia membenci aku dengan sepenuh hatinya, dia tidak akan sedih selepas ketiadaan aku." Si lelaki ini memulakan missionnya dengan nekad. Tetapi usahanya tidak mendatangkan hasil pada mulanya. Dan pada suatu hari, seorang budak perempuan berjumpa lelaki ini dan menceritakan tentang adik gadis itu yang dikatakan mengutuk lelaki ini macam-macam. Sebelum itu pun lelaki ini telah mendengar cerita-cerita ini daripada ramai orang,termasuk kawan-kawan baik dia tetapi lelaki ini hanyalah berdiam diri dan terima sahaja apa yang dikatakan oleh dia. Tiba-tiba lelaki ini berkata , "maybe dengan care nie kot aku bole buat kakak dia benci kn aku". Lantas lelaki ini bertemu dengan adiknya dan menyelesaikan perkara ini. Si lelaki ini meneruskan missionnya dengan apa yang dirancang.. Sungguh lelaki ini sebenarnya tidak bermaksudkan apa-apa dan tiada niat untuk berbuat sedemikian.Akhirnya, gadis tersebut benar-benar membenci lelaki ini dan lelaki ini terima segalanya dengan hati yang terbuka. Semua yang berlaku, hanya lah demi untuk melihat gadis itu gembira sepanjang masa tanpa sedikit pun rasa sedih terhadap diri lelaki ini.

Jika kita CINTA terhadap seseorang, tidak semestinya kita memiliki dirinya.

Sekian.. :)
99.9% translate from ENGLISH - MALAY..
maybe jiwang sikit xD

   

                   

No comments:

Post a Comment